Rumah Tepi SUNGAI
ape yang aku tahu dan ape yang kau tahu... sama2 nak tahu,huhuhu....
Wednesday, October 13, 2010
Tareeq Haidar
Friday, October 8, 2010
Kisah Si Anak Gajah
seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang... pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri...anak gajah itu tidak berdaya kerana kakinya masih kecil,manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat..teguk air bentar ",) k sambung balik...hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat juga melepaskan diri...lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan...tau gak anak gajah erti gagal,huhu...cite xbis lagi yer",)...
setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar dan terus membesar, lau makan mauripan lagi cepat besar,hahaha..badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih dari rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil...ikut logik akalla kan,sekali rentap sahaja besi dan tiang dah tercabut, tapi sayang seribu kali sayang, si gajah tak pk pun nk wat camtu,kenapa?????????emm ni kes dah hilang keyakinan dirila,,,pengalaman pernah gagal time kecik dulu terbawa-bawa sampai dah besar pun, sebab tu dah malas nak cuba lagi...
so moralnya:-
janganlah jadi cam gajah dalam cite di atas..dalam kehidupan manusia, apa yang dialami gajah itu juga sering terjadi...khususnya buat umat islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur,luntuuuuur, dan luntuuuuuuuuuuur.........
Saturday, August 22, 2009
Kelebihan Di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Friday, August 21, 2009
Alunan Selawat (الونن صلوات)
صَلًّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
يَا نَبِي سَلَامُ عَلَيْكَ, يَا رَسُولُ سَلَامُ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلَامُ عَلَيْكَ, صَلَوَاتُ اللهُ عَلَيْكَ
اَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا, فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا, قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شَمْسُ أَنْتَ بَدْرُ, أَنْتَ نُورُ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ إِكْسِيْرُ وَغَالِي, أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُُّدُورِ
يَا حَبِيبِ يَا مُحَمَّدُ, يَا عَرُوسَ الْخافِقَيْنِ
يَا مؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد, يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَدْ, يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِي الْمُبَرَّدْ, وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُورِ
صَلًّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
صَلًّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
عَالِمُ السِّرِ وَأَخْفَى, مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ ارْحَمْنَا جَمِيعًا, بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلَاةُ اللهِ عَلَى اَحْمَدْ, عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
اَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد, صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيرِ
يَا رَسُولَ اللهَ نَبِيِّنَا, يَا اَبُو بَكْرِ الصِّدِّيقِ
يَا عُمَرَ عُثْمَانَ يَا عَلِي, فَاطِمَةُ بِنْتِ رَسُول اللهِ
